Bengkel MIV Bersama Komuniti 2020
6 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada 05 September 2020, telah berlangsungnya bengkel MIV secara dalam talian bersama sukarelawan-sukarelawan yang telah berdaftar di seluruh Malaysia melalui pusat internet masing-masing bagi tahun 2020. Seramai 2 orang kakitangan Pusat Internet PA DBKL Desa Rejang dan juga 2 orang sukarelawan dari komuniti yang telah terlibat untuk bengkel MIV kali ini. Bengkel ini telah dikendalikan oleh pihak Jabatan Penglibatan Komuniti, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) secara langsung dari Cyberjaya bermula jam 10.30 pagi – 1.00 petang.
Antara intipati bengkel pada hari tersebut adalah modul Klik Dengan Bijak (KDB) yang merangkumi topik hak dan tanggungjawab warga digital, maklumat palsu, kawalselia kendiri, portal sebenarnya.my dan kandungan kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong yang telah dikendalikan oleh En. Md. Tahir Musa. Bengkel diteruskan dengan taklimat berkaitan tugasan sukarelawan sepanjang 8 minggu yang dikongsikan oleh Pn. Nur Amanina Che Azemi dan sesi soal jawab bersama sukarelawan.
Antara intipati – intipatin lain yang disampaikan semasa bengkel ini adalah seperti Kesan COVID-19 kepada masyarakat, praktis norma baru masyarakat dan lain – lain lagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: